Rabu, 23 September 2009

SAMBUTAN HARI RAYA RUMAH TERBUKA MUHYIDDIN TAHUN 2009 DI PAGOH..









Saya dengan keluarga kesemuanya iaitu Rohaya (isteri ayah bahar),Mohd. Syazwan, Syafieqah dan Muhammad Fidaiey telah pergi beraya di Pagoh dan sampai di Dewan Pekembar Umno Pagoh pada jam 9.15 pagi.Inilah kali pertama saya dan keluarga menghadiri Rumah terbuka yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh,yang dihadiri hampir 20,000 tetamu.

Mula-mula agak terpinga-pinga sebab tak ada orang sana yang mengenali kita, tetapi ketabahan hati akhirnya masuk ke Dewan dan dari situlah bertemu dengan saudara mara di dalam yang sedang mengadap di meja makan.Sementara tunggu nasi beriani dihidangkan, sempat juga ambil gambar keluarga.

Semasa hendak keluar dari dewan, bertemu juga dengan sahabat lama semasa di sekolah Menengah Dato Sri Amar di Raja Muar dulu iaitu Shukor bin Abdullah yang sekarang masih bertugas di Jabatan Bomba Muar. Sempat juga bertemu bual dan bergambar sebagai kenangan dengan Mufti Johor iaitu Dato Nooh Gadut yang memang sudah biasa bertemu semasa di Johor Bahru.

Yang paling kemuncak majlis apabila Muhyiddin dan Norainee keluar dari Dewan dan diiringi oleh pegawai polis peribadi dan lain-lain orang kenamaan ke satu sessi melayan tetamu. Di sini Norainee melayan tetamu dengan menyedokkan nasi beriani manakala Muhyiddin membubuh lauk daging. Tetamu kebanyakan ingin bersalaman dan bergambar dengan Muhyiddin dan isteri sebagai kenangan.

Aziz Mohd. Yassin (abang Pet) dapat saya bertemu dan bertanya khabar. Sementara Muhyiddin dan Norainee sibuk melayan tetamu, saya mengambil peluang mengambil gambar mereka berdua dan gambar keluarga untuk dimasukkan ke website nanti. Akhir sekali saya mengambil gambar keluarga Muhyiddin beramai-ramai yang terdiri dari Fakhri Yassin dan isteri, Nabilah dan suami, Najwa serta Farhan.

Khamis, 3 September 2009

PERJUMPAAN HARI RAYA DI RUMAH MUHYIDDIN DI MUAR JOHOR













Hari raya di rumah muhyiddin bin mohd. yassin biasanya pada hari raya puasa yang kedua tiap-tiap tahun. Biasanya selepas jam 8.00 pagi orang ramai dah datang manakala saya datang dengan keluarga jam 10.00 pagi.

Seperti biasa sahaja saya akan mengambil tempat duduk untuk makan.Muhyiddin pula sibuk melayan tetamu yang datang. Kami makan semeja. Selepas makan nasi beriyani gam saya tidak melepaskan peluang bertemu dan bermaafan dengan saudara mara.Kesempatan baik ini saya ambil untuk mengambil gambar keluarga.

Muhyiddin memang tak keberatan bergambar dengan sesiapa saja pada masa hari raya. Pada jam 12.00 tengahari biasanya saya meninggalkan rumah muhyiddin untuk berhari raya di rumah saudara yang lain.

Ahad, 16 Ogos 2009

Selamat bertemu dengan keluarga Muhammad Yassin bin Muhammad

Assalaamu alaikum,sebenarnya saya terpanggil untuk membina blog khas untuk keluarga allahyarham tuan guru Muhammad Yassin bin Muhammad sebagaimana tegoran dari abang saya Sahid Mohd. Yassin semasa pertemuan kami di rumah Kak Rohana pada malam kenduri sempena kepulangan kerahmatullah anak perempuannya yang bernama Sharifah Radhwah binti Syed Ali.

Memandang pertemuan ini agak singkat, sebab kebetulan masa berbual dengan beliau, saya sedang bertugas giliran petang dari jam 3.00 hingga 12.00 tengahmalam. Beliau meminta saya supaya membina websites Keluarga Muhammad Yassin, tetapi sebenarnya anak-anak beliau (Sahid) sudah lama berinteraksi dengan saya melalui laman geni.com dan facebook.

Insya Allah saya akan buat apa yang paling terbaik untuk keluarga Muhammad Yassin. Adalah diharapkan nanti keluarga muhammad yassin akan dapat saling kenal mengenal dan sentiasa berinteraksi antara satu dengan lain.............