Isnin, 12 November 2012

Rabu, 7 November 2012

Gambar ini diambil semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor
Gambar ini pula di mana Baharuddin bin Mohd. Yassin mendapat Pingat Ismail Sultan Pangkat ke 2 di Istana Besar Johor Bahru, Johor pada 13 Ogos 2009
Gambar ini diambil semasa majlis harijadi cucu Haji Mohd. Yassin yang bernama Najah binti Sahiran di Putrajaya pada tahun 2010
Gambar ini diambil masa anak-anak saudara datang berkunjung kerumah emak saudaranya Hajjah Fadzillah Mohd. Yassin di Taman Muhibbah Sungai Mati Muar pada tahun 2011
Gambar ini diambil semasa majlis perkahwinan Najah Sahiran di Dewan Jubli Muar yang dulu dikenali Padang Muar Club
Masih lagi gambar Baharuddin Mohd. Yassin mendapat PIS tahun 2009
ini semua keluarga Hajjah Sapiah iaitu isteri ayah saya yang ketiga. Kelihatan anak anak yang masih dapat berkumpul bersama dengan anak masing masing (Cucu).
Ini gambar Hajjah Rohana binti Mohd. Yassin anak dari Hajjah Khadijah binti Kassim isteri Mohd. Yassin yang kedua. Beliau adalah kakak kepada Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin.
Gambar diambil masa perkahwinan Najah Sahiran (cucu Mohd. Yassin) di Muar di mana tan sri Muhyiddin dapat lapangkan masa hadir sama.

Rabu, 23 September 2009

SAMBUTAN HARI RAYA RUMAH TERBUKA MUHYIDDIN TAHUN 2009 DI PAGOH..









Saya dengan keluarga kesemuanya iaitu Rohaya (isteri ayah bahar),Mohd. Syazwan, Syafieqah dan Muhammad Fidaiey telah pergi beraya di Pagoh dan sampai di Dewan Pekembar Umno Pagoh pada jam 9.15 pagi.Inilah kali pertama saya dan keluarga menghadiri Rumah terbuka yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh,yang dihadiri hampir 20,000 tetamu.

Mula-mula agak terpinga-pinga sebab tak ada orang sana yang mengenali kita, tetapi ketabahan hati akhirnya masuk ke Dewan dan dari situlah bertemu dengan saudara mara di dalam yang sedang mengadap di meja makan.Sementara tunggu nasi beriani dihidangkan, sempat juga ambil gambar keluarga.

Semasa hendak keluar dari dewan, bertemu juga dengan sahabat lama semasa di sekolah Menengah Dato Sri Amar di Raja Muar dulu iaitu Shukor bin Abdullah yang sekarang masih bertugas di Jabatan Bomba Muar. Sempat juga bertemu bual dan bergambar sebagai kenangan dengan Mufti Johor iaitu Dato Nooh Gadut yang memang sudah biasa bertemu semasa di Johor Bahru.

Yang paling kemuncak majlis apabila Muhyiddin dan Norainee keluar dari Dewan dan diiringi oleh pegawai polis peribadi dan lain-lain orang kenamaan ke satu sessi melayan tetamu. Di sini Norainee melayan tetamu dengan menyedokkan nasi beriani manakala Muhyiddin membubuh lauk daging. Tetamu kebanyakan ingin bersalaman dan bergambar dengan Muhyiddin dan isteri sebagai kenangan.

Aziz Mohd. Yassin (abang Pet) dapat saya bertemu dan bertanya khabar. Sementara Muhyiddin dan Norainee sibuk melayan tetamu, saya mengambil peluang mengambil gambar mereka berdua dan gambar keluarga untuk dimasukkan ke website nanti. Akhir sekali saya mengambil gambar keluarga Muhyiddin beramai-ramai yang terdiri dari Fakhri Yassin dan isteri, Nabilah dan suami, Najwa serta Farhan.

Khamis, 3 September 2009

PERJUMPAAN HARI RAYA DI RUMAH MUHYIDDIN DI MUAR JOHOR













Hari raya di rumah muhyiddin bin mohd. yassin biasanya pada hari raya puasa yang kedua tiap-tiap tahun. Biasanya selepas jam 8.00 pagi orang ramai dah datang manakala saya datang dengan keluarga jam 10.00 pagi.

Seperti biasa sahaja saya akan mengambil tempat duduk untuk makan.Muhyiddin pula sibuk melayan tetamu yang datang. Kami makan semeja. Selepas makan nasi beriyani gam saya tidak melepaskan peluang bertemu dan bermaafan dengan saudara mara.Kesempatan baik ini saya ambil untuk mengambil gambar keluarga.

Muhyiddin memang tak keberatan bergambar dengan sesiapa saja pada masa hari raya. Pada jam 12.00 tengahari biasanya saya meninggalkan rumah muhyiddin untuk berhari raya di rumah saudara yang lain.